hanya kamu |
Tiada yang lain ku pinta padamu
Bukan harta atau rupa
Hanya sebuah kejujuran dan keikhlasan hati mu
terhadap cinta, hubungan dan diriku ini
Kekasihku
Aku takut cinta dan diriku di dustai lagi
Aku memilih dirimu untuk kali ini kerana aku yakin hanya engkau mampu menjagaku
Hanya engkau yang layak bergelar suami ku
Kekasihku
Aku sering diulit mimpi yang menyentuh jiwa dan ragaku
Mimpi yang engkau mencurangi aku
Engkau menduakan aku
Engkau pergi meninggalkan aku
Namun aku sentiasa berdoa biar ia hanya sebuah mimpi - mainan tidur
Kekasihku
Fahamilah isi hatiku
Aku terlalu menyayangi dirimu
Aku terlalu menyintaimu
Jangan pernah sakiti hatiku dengan ketidak kejujuranmu
Jangan pernah sakiti hatiku dengan wujudnya insan ke tiga dalam hubungn ini
Kekasihku
Aku tidak sanggup di lukai lagi
Aku tidak samggup menangis lagi kerana insan lain
Aku tidak sanggup menderita kerana cinta
Hanya ku ingin kebahagiaan sebuah mahligai istana yang kekal hingga akhirnya
No comments:
Post a Comment
celoteh anda