Blogger Layouts


Norfaraliza & Mohd Sahfulnizam

Friday, March 16, 2012

Salam,

Dah lama aku tak updated blog aku nie...follower pun tak de :(
Aku buat blog nie pun untuk aku je :)
Hari nie hari ke 7 aku dan dia gaduh :(
Entahlah kan ..dia ada gak pujuk aku tapi hati aku nie still sakit lg agaknya
Kesian gak kat dia...tapi ayat dia tu masih aku tak boleh nak terima sampai skrg
Belum kahwin dia dah ckp mcm tu...nanti kalau dah kawen tak mustahil dia akan ckp mcm tu
Tu kan ramai org kata dah kawin pun ..perempuan tetap kena keja..sebab kita dpt beli apa yg kita nak
Rindu sgt kat dia..tapi aku tak boleh nak semesra mcm dulu dgn dia...mungkin aku perlukan masa agaknya
Entahlah awak...sampai skrg terngiang2 kata2 awak tu..terbayang2 reaksi muka awak tu
sebab saya teramat2 terkejut dan tak sangka..awak akan ckp mcm tu..
sebab bg sy awak lain dari lelaki yg sebelum sy kenal selain bekas tunang sy....
kadang2 bila saya fikir, awak nie lebih kurang mcm budak JB tu je..tapi bila sy ckp ..awak kata saya samakan
tapi itu lah hakikatnya...bezanya awak nie ada sikap tanggungjawab dan ada gak lah yg berbeza...
tapi sikap ego sama giler...ego yang buatkan sy menyampah gile....
biarkanlh hati sy tenteram dulu...
biar sy simpan ia dan biar ia berlalu sahaja :)

Luahan Hati Ku...

Kadang-kadang kita tak sedar percakapan kita boleh menyinggung perasaan pasangan kita. Walaupun ia berbisik atau membelakangkan pasangan kita. Ingatlah kurniaan Allah sungguh indah, dijadikan telinga untuk mendengar. Jadi jangan sesekali terlepas cakap sesuatu yang bagi kita dia tidak dengar, sedangkan dia ada hampir dengan kita.  Walaupun aku nampak sengal tapi aku ada perasaan yang terlalu sensitif. 
Walaupun aku leka atau tidak menghiraukan tetapi telinga aku sentiasa mendengar. Terasa hati ini masih belum boleh di ubati kerana kata-katamu sungguh tajam & bisa untuk aku terimanya. Ia kerana sesuatu yang tidak pernah aku sangka lahir dari mulutmu.

I'M Not materialistik..

Saya bukan seorang perempuan yang materealistik. Saya bukan jenis perempuan yang suka minta-minta. Kalau saya tiada duit,saya tak pernah nak minta kat boyfrens saya. Kalau awak tanya saya pasal makan atau apa-apa berkaitan ada saya kata nak atau minta?? mesti saya kata "entah/tak tahu/terpulang". Jadi kalau saya ajak pergi makan sesuatu tempat maknanya saya tak minta awak belanja saya. Maknanya saya yang akan KELUAR DUIT SAYA SENDIRI. Melainkan awak yang keluar duit sendiri tanpa saya minta.

Huarh hua hua huarhhhh ~(gelak jahat)~ 
okiey tak skrip nie...mana ntah aku celop..ape celop doh :) 

EGO....

Apa sebenarnya yang dinamakan EGO???
Bila kita tak luahkan perasaan, itu dinamakan EGO???
Bila kita pendam semua perasaan kita, itu dinamakan EGO???
Bila kita control perasaan supaya tidak terlalu ketara, itu dinamakan EGO???
Sebenarnya aku sendiri tak memahami definasi EGO...
Bagi aku setiap manusia mempunyai definisi EGO yg berbeza...
Aku merasakan itu hanya perasaan takut untuk dikecewakan tapikebanyakan orang mengatakan ianya EGO...
Aku control perasaan gembira kerana takut apa yang aku harapkan tak menjadi, itu dinamakan EGO???
Aku control perasaan marah kerana tak nak ada yang terasa hati, itu dinamakan memendam perasaan???
Bukan EGO ke???
Sebenarnya apa definisi EGO???
Aku perlu tahu apa yang dinamakan EGO...
 
~bibir Tersenyum HATI Menangis~.... Hanya tuhan yang tahu... susah ke kalau kita nak ungkap kata MAAF kalau kitaawak ni ego lah...tak tahu ke nak pujuk saya balik... saya jadi mcm nie pasal awak tahu tak... bukan pasal org lain.. dah tak sayang sy lg ke.. yelah kan FB awak ramai awek...komen pun sweet2 je ... tp bila FB n picture sy...awak komen semua. negatif je... :( touching sgt2........ dah tahu yang kita salah dan buat org terluka...
Hargailah seseorang yang telah kita miliki. Jangan pernah sakiti hati dia kerana ungkapan dibibir kita yang boleh meruntuhkan hubungan kita dan dia. Sebaliknya ungkaplah kata-kata indah, kata-kata romantis selalu kerana ia benih untuk kebahagiaan hubungan tersebut. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan si dia rasa amat bahagia dan dirinya di hargai. Jika kita lakukan kesilapan antara kita sedar atau tidak dan si dia terluka, ungkaplah kata maaf. Dengan ungkapan maaf mungkin boleh melembutkan hati si dia.