Blogger Layouts


Norfaraliza & Mohd Sahfulnizam

Thursday, April 5, 2012

Ya ALLAH....

Ya Allah ♥♥♥ Ya Tuhanku
Aku bersyukur kepadamu 
Dikurniakan seorang insan yang terbaik untukku
Ku berharap agar hubungan ini adalah yang terakhir untukku

Ya Allah..
Kau berkatilah hubungan ini
Kau lindungi kami berdua dari segala halangan yang bisa memisahkan kami
Namun andai itu dugaan mu dan bukan jodohku ku berserah
Mungkin kau akan pertemukan aku yang lebih baik darinya

Ya Allah....
Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirinya
Hanya dia insan yang bertakhta dalam diriku
Tiada dua mahupun yang lain yang boleh meruntuhkan cinta dalam hatiku

Ya Allah...
Terima kasih kerana melahirkan seorang insan kepadaku
Insan yang ku rasa mampu menjaga diriku
Insan yang mampu melindungi aku

Ya Allah...
Kau satukan aku dan dia di dalam sebuah masjid yang indah
Sebuah masjid umpama rumahmu yang sentiasa tersegam indah
Sebuah masjid yang mengikut jalanmu dan sunnah Rasulluallah
Sebuah masjid yang di redhai oleh mu
Peliharakanlah masjid itu dengan keredhaan mu ya Allah

Amin....

Kekasihku

hanya kamu
Kekasihku 
Tiada yang lain ku pinta padamu
Bukan harta atau rupa
Hanya sebuah kejujuran dan keikhlasan hati mu
terhadap cinta, hubungan dan diriku ini

Kekasihku
Aku takut cinta dan diriku di dustai lagi
Aku memilih dirimu untuk kali ini kerana aku yakin hanya engkau mampu menjagaku
Hanya engkau yang layak bergelar suami ku

Kekasihku
Aku sering diulit mimpi yang menyentuh jiwa dan ragaku
Mimpi yang engkau mencurangi aku
Engkau menduakan aku
Engkau pergi meninggalkan aku
Namun aku sentiasa berdoa biar ia hanya sebuah mimpi - mainan tidur

Kekasihku
Fahamilah isi hatiku
Aku terlalu menyayangi dirimu
Aku terlalu menyintaimu
Jangan pernah sakiti hatiku dengan ketidak kejujuranmu
Jangan pernah sakiti hatiku dengan wujudnya insan ke tiga dalam hubungn ini

Kekasihku
Aku tidak sanggup di lukai lagi
Aku tidak samggup menangis lagi kerana insan lain
Aku tidak sanggup menderita kerana cinta
Hanya ku ingin kebahagiaan sebuah mahligai istana yang kekal hingga akhirnya