Blogger Layouts


Norfaraliza & Mohd Sahfulnizam

Friday, January 6, 2012

...pantun lagi...

Kelapa tua dibelah belah
Masak gulai kupang & lokah
Duduk salah baring pun salah
Rupanya kumbang gatal nak bernikah
Bersyair merdu seorang biduan
Biduan kelana dari Parsi
Ingin ditanya gerangan tuan
Dalam hati sudahkah terisi
Kelapa parut dibuat kerisik
Kerisik ditimbang berkati-kati
Hajat menggunung ingin merisik
Merisik si gadis pujaan hati
Berbudi tinggi Melayu Rawa
Pemuda pemudi jadi harapan
Sirih junjung telah kubawa
Menunggu adinda beri jawapan
Anak kecil nangis kesakitan
Ibu terdengar terus meluru
Sidara yang satu kami maksudkan
Hendak membina masjid yang baru
Kain songket dibuat baju
Songket dibeli dari pekan
Kedua keluarga sudah setuju
Cepat2lah mereka disatukan

...mari berpantun...

(Ini utk lelaki) :)
Kami datang menaiki kereta,
walau jauh tidak terasa,
hajat ingin memetik bunga,
kerana kumbang mengada-ngada.
tidur malam tidak lena,
fikiran melayang serba x kena,
senyum lebar hingga ketelinga,
hati x keruan teringatkan bunga.
wahai orang di sana,
orang di sini ingin bertanya,
sudikah kamu menjadi teman setia,
jalani kehidupan dunia bersama.
Jika kamu katakan ya,
maka jangan disiakan masa,
mari kita mulakan upacara,
sarungkan cincin pada si dia.

Tuesday, January 3, 2012

Biar Sampai Ke Bintang
Biar mimpi mimpi kita

Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah

Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir

Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita


Penerang Hati
Ku menanti benam mentari 
Disitu arah ku bersujud 
Terbongkar lah semua ungkapan 
Rahsia dalam kepala 
Ku bersatu dalam nafas panjang 
Ku buka mata ku memandang 
Dunia kini kian berpaling 
Tersasar dari paksinya 
Kita terleka walaupun indah 
Terlupa bila melanda 
Dua hati kita terasing dihanyuti arus 
Kita terperang leka dibuai 
Oleh mimpi mimpi tersirat 
Terbunyi semboyan tersedar lamunan 
Kita gempur gempur sampai hancur 
Kita satu mengenggam kalimah tujuh horizon 
Satu jiwa lindungi segala tujuh horizon 
Biarku mara melanda 
Gempur sampai hancur

Lelaki perlu tahu...

Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya, 
1) Kebersihan diri perlulah di jaga Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita. 
2) Mempunyai gaya tersendiri Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
 3) Ada sikap lucu dalam diri Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. 
4) Bersikap prihatin Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut. 
5) Selalu senyum Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam. 
6) Bersikap ‘cool’ Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

Monday, January 2, 2012

Pertemuan kali kelima...

 Salam tahun baru 2012 untuk semua...

   Pada 31.12.2011 adalah pertemuan kali kelima antara aku dan dia. Kali ini kami akan sambut tahun baru bersama buat kali pertama. Pertemuan yang akan mengubah kehidupan dalam perhubungan kami.
  Petang 31.12.2011 selepas menikmati hidangan KFC, kami ke pusat membeli -belah Mid Valey, kami bersiar-siar disitu. Melihat kecomelan dan gelagat binatang di Pets Wonderland. Hampir 3 jam kami di Mid Valley sehingga kakiku sakit.
   Aku dan dia hanya lepak di Petaling Jaya pada malam tahun baru itu. Kami melihat dari jauh percikan bunga api dari kemuncak bangunan hotel Hilton Petaling Jaya dan dari beberapa tempat yang lain. Seronok sangat dan cantik. Tepat 0000pg adalah satu buku baru untuk kami, dimana hanya dia dalam hati aku setelah aku mengambil keputusan untuk aku pilih dia. Aku terasa satu kelegaan dan kepuasan membaitkan satu kebahagiaan yang tidak mampu ku ucapkan.
   Pada keesokkan harinya 01012012 kami meneruskan perjalanan kami. Perbincangan kami pada mulanya ingin ke GM Klang tetapi kami ke Empire (Soho) sebab aku telah lama teringin untuk kesana. Kami berjalan-jalan dalam Empire. Kemudian kami menikmati Tutti Frutti.
'Aku cinta padamu"

   Selepas itu, Kami menonton wayang filem "Papa I Love You", filem yang kedua kami tonton selepas " Suatu Malam Kubur Berasap". Panggung yang sunyi kerana tidak ramai yang menonton. Pusat membeli-belah penuh jugak dengan kesesakan manusia tetapi yang ramai pedatang asing. Riuh rendah dalam pusat membeli-belah tersebut.

   Jam 0530petang kami ke Pelabuhan Klang bersantai disana pula. Disana kami berbual dan melihat gelagat pelbagai ragam manusia disekeliling. 0622petang.. disitu jua aku menyerahkan telefon bimbitku pada sidia untuk membuang segala-galanya mengenai si lama. 879 mesej telah dibuang bersama dengan gambar-gambar. Aku meminta dia yang melakukan kerana aku tidak sanggup melihat. Dalam tidak sedar aku mengalir airmata dan terharu yang teramat sangat. Kesian dia tertanya-tanya mengapa aku menangis, aku hanya mampu berkata "...tak ada ape2.." sedangkan naluri aku hanya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Senja semakin hilang, pemandangan disitu semakin cantik. Kekuasaan Allah ciptaan-Nya terlalu agung.
Dia yang ku amat cintai.

Diriku hanya untukmu Mohd Sahfulnizam

Indahnya pemandangan ini

Pemadangan di kala senja

   Jam 0750petang kami menuju ke stesen komuter K. Raja Uda. Dia menghantar aku pulang. Semasa menunggu ketibaan komuter hampir satu jam setengah kami berbual dan berbincang mengenai perhubungan dan kisah silam kami. Aku juga menjelaskan mengapa airmata ku mengalir. Aku terasa amat lega ketika dapat luahkan semua yang tersirat dalam hati kecilku. Aku juga terasa teramat bahagia ketika dia melamarku menjadi pemaisurinya .Aku suka melihat bila dia ketawa. Aku rasa satu kepuasaan bila dia tertawa. Dia juga mengatakan dia gembira di malam tahun baru, dimana dia tidak pernah merasai sebegitu. Dia turut mengatakan untuk membawa aku pulang kerumahnya untuk mengenali ahli keluarganya tapi aku belum bersedia dan aku tidak mahu mengenali selagi aku tidak sah dimilikinya. Jam 0938malam komuter yang ditunggu tiba, seperti biasa salam dihulurkan tangannya kukucupi dan dia mengucupi pipiku untuk pertama kalinya. Aku hanya mampu tersenyum. Dengan perlahan langkah ku memasuki komuter. Berat hati aku untuk berpisah dengannya ketika itu. Terima kasih cinta kerana kau membuatkan aku amat bahagia disampingmu selama 2 hari itu. Maafkan aku kerana aku menlukai hatimu dengan karenah aku yang tidak menentu.

 





Cinta tak bersatu...

Cinta dan kasih bagai umpanan merimbun merentap keinginan manusia memilikinya. Manusia mahu mencintai dan dicintai. Kasih mahu di kasih tanpa terkasih. Banyak sasterawan ahli puitis memadahkan puisi kasih yang akhirnya persis kepada cinta kepada Pencipta. Itu tak dapat dinafikan, itu cinta yang hakiki tiada bantahan... aku juga akur kepada sang pujangga.


Memang menjadi lumrah manusia diciptakan berpasangan, tapi bagaimana bisa kita tahu mana satu pasangan kita? Aku kurang mengerti tak mungkin tak siapa pun tahu bagaimana. Kadang kita sukakan seseorang tapi dia sudah berpunya, kadang ada orang suka kan kita tapi kita tak suka kan dia. Bagaimana hidup ini bisa dicerakinkan? Apabila kita suka kan seseorang perlukan kita terus berusaha walaupun kita tahu dia sudah berpunya?
Pernah ku terdengar kata-kata 'cinta tak semesti bersatu' dan 'love is letting go'. Ya mungkin aku bersetuju. Apa yang penting ialah, kalau kita cintakan seseorang kita mahu melihat dia bahagia walaupun bukan bersama kita kerana kita kasihkan dia tanpa syarat. Tiada syarat untuk dia bersama kita, buat apa kalau itu menambah deritanya.. Kita tak mahu orang yang kita kasihi disakiti jauh sekali melihat dia menderita...
Cinta yang ada jangan dikorbankan, biar di tolak, biar disisih jangan biarkan ianya bertukar menjadi dendam. Semaikan ia sebagai kenangan, bergembiralah dengan ia kerana cinta itu nikmat kebahagiaan. Doakan mereka yang kita kasihi dan cintai itu bahagia dan kita pasti bahagia dengan kebahagiannya. Apalah ada pada rasa marah, kecewa dan sedih dalam usia yang sesingkat ini. Gunakanlah hidup ini sepenuhnya, buangkan rasa marah apabila cinta kita ditolak, bunagkan rasa kecewa apabila cinta kita tidak dihargai, buangkan rasa sedih apabila cinta kita tak terbalas..
Hiduplah sepenuh hati, cinta tak semestinya bersatu, mudah mudahan engkau bahagia di samping keluarga mu..