Blogger Layouts


Norfaraliza & Mohd Sahfulnizam

Sunday, November 27, 2011

GIF - I LOVE YOU SO MUCH
Abang....
Ayang memang sayang abang. Cuma ayang keliru dengan pilihan yang ada. Ayang tiada niat untuk melukai hati sesiapa atau mempermainkan hati sesiapa. Niat ayang hanya untuk memilih yang terbaik buat diri dan kehidupan ayang.

Abang...
Ayang tidak mahu lagi hidup penuh kesengsaraan. Cukuplah 17 tahun ayang menderita dan mengapai-gapai kebahagiaan yang telah hilang sejak tahun 1994. Kenikmatan yang ayang kecapi semasa arwah mak masih ada.

Abang...
Ayang tahu abang mengharap pada hubungan ini. Begitu juga ayang. Ayang tahu abang boleh membahagiakan ayang dah itu juga kemahuan abang. Kenangan yang kita pernah lalui buat ayang rasa itu yang membuktikan abang ikhlas dengan ayang.

Abang...
Terima kasih kerana sabar dan tabah dengan sikap dan karenah ayang. Penuh kesabaran walaupun abang tercabar dengan kehadiran orang lain dalam hubungan kita. Abang sanggup mendengar keluhan ayang walaupun hati abang menderita. Ayang tidak tahu perasaan abang tetepi diri abang dan tuhan sahaja yang tahu. Maafkan ayang kerana tidak tahu menjaga perasaan abang.

Abang....
Ayang sayang abang. Ayang memang ingin menjadi permaisuri dalam hidup abang. Kita hanya mampu berdoa agar hubungan ini dikecapi dengan impian yang kita impikan. Ayang ingin menjadi isteri dan sahabat yang terbaik untuk abang. Kita lalui bahtera rumahtangga bersama-sama dan menjadi pasangan yang paling bahagia.

No comments:

Post a Comment

celoteh anda