Blogger Layouts

Norfaraliza & Mohd Sahfulnizam

Wednesday, December 26, 2012



Wahai bakal suamiku,

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang imam yg makmumnya adalah orang ramai, cukuplah jika engkau mampu mengimamkan aku dan anak2mu.

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki yg menanggung beban tanggungjawab seperti seorang wakil rakyat, cukuplah jika engkau melaksanakan tanggungjawabmu terhadap diriku dan anak2mu.

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang saudagar emas yg kaya raya, cukuplah jika engkau mampu membahagiakan diriku dan anak2mu.

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki sebaik malaikat, cukuplah jika engkau sentiasa menyayangi diriku dan anak2mu.

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki yg terlalu gentleman, cukuplah jika engkau mampu setia kepadaku.

Aku tidak mengimpikan dirimu seorang lelaki yg kacak, cukuplah jika aku sentiasa cantik pada pandanganmu.

Yang benar,
-Bakal isterimu..♥ -

No comments:

Post a Comment

celoteh anda